SEJARAH MALBATT
SEJARAH MALCON WEST/MALBATT
Pada awal bulan Mac 2008, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) melalui United Nations Department of Peacekeeping Operation
(UNDPKO) telah membuat tawaran tambahan tidak rasmi kepada Malaysia
untuk menghantar satu kompeni infantri menggantikan kontinjen Qatar di
misi United Nations Interim Force In Lebanon (UNIFIL).
Pada
bulan September 2008, Kerajaan Malaysia telah bersetuju dan meluluskan
penglibatan tambahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam misi UNIFIL
di Sektor Barat kawasan selatan Lubnan. Dalam masa yang sama ATM telah
mula mengumpulkan anggota (230 orang anggota) untuk Force Integration Training (FIT) mengikut organisasi yang diluluskan. Aturgerak MALCON West 1 telah dilaksanakan pada 25 Oktober 2008.
PENGLIBATAN ANGKATAN BERSENJATA DIRAJA BRUNEI
Semasa
lawatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Brunei ke Negara ini pada 6 Mei
2008, Baginda telah menyatakan hasrat Kerajaan Brunei untuk turut serta
dalam misi di Lubnan di mana dicadangkan seramai 5 anggota ABDB
ditumpangkan ke dalam kontinjen Malaysia. Hasrat tersebut diambil maklum
pemerintahan tertinggi ATM dan Wisma Putra. Sekiranya tumpangan ini
diluluskan, kekuatan yang perlu disediakan oleh Malaysia akan menjadi
225 orang dan baki 5 orang lagi dari ABDB.
Pada
awal 2009, pihak UNIFIL membuat analisa keselamatan bagi menghadapi
pilihanraya Presiden Lubnan pada bulan Jun 2009. Kekurangan anggota
daripada mandat yang diberikan menyebabkan Force Commander (FC)
UNIFIL membuat tawaran kepada Panglima Angkatan Bersama (PAB) semasa
lawatannya ke Lubnan. PAB merasakan ini adalah satu keperluan
keselamatan dan tanggungjawab demi keamanan di selatan Lubnan. PAB
menyokong keperluan tambahan 150 anggota dimana dalam jangkamasa panjang
akan ditingkatkan kepada sebuah battalion. Kerajaan Malaysia meluluskan
keperluan tambahan dan diaturgerakkan ke kawasan misi pada 17 Julai
2009 selepas Pre Deployment Visit (PDV) oleh PBB.
Sebelum pergerakan 150 anggota tambahan, FC UNIFIL telah berbincang dengan PAB supaya Malaysia menaiktaraf satus MALCON West
kepada MALBATT dengan kekuatan minimum seramai 420 orang. Tujuan
menaiktaraf status pemerintahan adalah bagi menentukan sumbangan
Malaysia adalah setaraf dengan negara-negara lain di bumi Lubnan.
Sehubungan itu, kontinjen Malaysia ini tidak lagi diletakkan di bawah
naungan batalion Peranchis di Lubnan dan dalam erti kata tersendiri,
kontinjen Malaysia mempunyai sektor sendiri.
Peningkatan
status ini dilaksanakan dengan menggunakan sumber manusia dan material
yang telah diluluskan dan yang sedang melaksanakan operasi di UNIFIL.
Teras pasukan ini adalah keseluruhan anggota MALCON West yang
berjumlah 230 anggota dan Kompeni Tambahan seramai 150 anggota yang
diaturgerak pada 16 Julai 2009 serta perpindahan 60 anggota dari MALCON East pada 28 Julai 2009.
PERLANTIKAN KOMANDERPerlantikan komander adalah seperti berikut:
a. Komander MALBATT 1. Kol Hashim bin Aman Shah, Komander MALCON East dilantik sebagai Komander MALBATT 1 UNIFIL.
b. Timbalan Komander MALBATT 1. Lt Kol Jamaludin bin Jambi yang menjawat Komander MALCON West 2 dilantik sebagai Timbalan Komander MALBATT 1 UNIFIL.
c. MALCON East. Komander yang dilantik berpangkat Lt Kol dan kekal di Sektor Timur dengan kekuatan seramai 300 orang anggota.
FASA PENINGKATAN
Peningkatan ini melalui fasa-fasa berikut:
a. Fasa 1. Pergerakan anggota tambahan 150 orang dari Malaysia ke Sektor Barat di Lubnan pada 16 Julai 2009.
b. Fasa 2. Perpindahan Komander bersama 59 orang anggota dari MALCON East (ME) untuk diserap ke dalam MALCON West pada 28 Julai 2009.
c. Fasa 3. Peningkatan peralatan dan kelengkapan untuk menampung keperluan sebuah batalion.
d. Fasa 4. Pengisytiharan MALBATT pada 18 Ogos 2009.
Penambahan Anggota ABDB. Anggota ABDB telah ditambah seramai 2 anggota menjadikan jumlah keseluruhan adalah 7 anggota semasa pertukaran MALCON East
1 pada 29 Julai 2009 sebelum dinaiktaraf kepada MALBATT 1. Seterusnya
permohonan diterima dari Negara Brunei agar ditambah lagi seramai 3
anggota untuk menjadikan kekuatan seramai 10 anggota yang akan bergerak
bersama MALBATT 2 pada 29 April 2010 (Kekuatan anggota ABDB bagi setiap
misi adalah seramai 10 anggota).
Senarai penglibatan MALCON West & MALBATT adalah seperti berikut:a. MALCON West 1 - 26 Oktober 2008 hingga 29 Julai 2009.
b. MALCON West 2 & MALBATT 1 - 29 Julai 2009 hingga 29 April 2010.
c. MALBATT 2 - 29 April 2010 hingga 28 Januari 2011.
d. MALBATT 3 - 29 Januari 2011 hingga 24 Oktober 2011.
e. MALBATT 4 - 24 Oktober 2011 hingga Oktober 2012.
SEJARAH KOMANDER
MALCON WEST
Lt Kol Adi Ridzwan bin Abdullah adalah merupakan pegawai kanan yang pertama terpilih untuk mengetuai Malaysian Contingent West (MALCON West )
MALBATT 1
Kol Hashim bin Aman Shah, Komander Malaysian Contingent East 4 (MALCON East 4) telah dilantik sebagai Komander Malaysian Battalion (MALBATT).
MALBATT 2
Kol Mohd Nizam bin Hj Jaafar adalah merupakan pegawai kanan yang kedua terpilih untuk mengetuai Malaysian Battalion 2 (MALBATT 2).
MALBATT 3
Kol Mhd Nazri bin Abd Rahman adalah merupakan pegawai kanan yang ketiga terpilih untuk mengetuai Malaysian Battalion 3 (MALBATT 3).
MALBATT 4
Kol
Badrul Hisham bin Muhammad adalah merupakan pegawai kanan yang keempat
terpilih untuk mengetuai Malaysian Battalion 4 (MALBATT 4)
No comments:
Post a Comment